Wednesday, 12 April 2017

ambo bersilat...



Sejak kecil ambo minat tgk cerita fighting. Ambo membesar dengan filem Bruce Lee, Jet Lee, Jackie Chan, juga cerita2 persilatan dari Indonesia. Selepas menonton, aksinya terikut2 oleh ambo. Esoknya, mulalah tiru aksi tuw ngn kawan2 sekolah. Hehe. Itu masa sekolah rendah.

Angin bersilat ni ambo rasa, menurun dari arwah tok belah ayah ambo. Cik Wok Pendekar, dari aliran Silat Jawi. Salah seorang gurunya, menurut ayah ambo, bernama Tok Awang, pernah menewaskan seorang jaguh Muay Thai di selatan Thailand. Sering juga dijemput mempersembahkan tari silatnya di Istana Kelantan. Nasib ambo, arwah tok meninggal masa ambo 5 tahun. Tak sempat nak menuntut.

Bila di sekolah menengah, ada persatuan seni silat pusaka gayung dan taekwando. Entah kenapa ambo x join pun. Pola langkah silat yang pertama di tunjuk oleh abang ambo yang bersekolah di Sek Men Sains Tg Faris Petra, langkah Seni Silat Terlak 4. 

Bila memasuki matrikulasi Uia, sahabat ambo mengajak ambo join Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi. Ambo teruja bila sahabat ambo bagitau, silat ni boleh counter semua jenis silat. Wow.. yer ker begitu? Ambo pun joinlah. Ambo tak kecewa, kerana awek2 cun ramai join silat ni. Memang semangat la.

Pergerakan yang ringkas dan praktikal menjadi tarikan seni silat cekak
Jodoh ambo dengan seni silat cekak ustaz hanafi, bagai gantung tak bertali. Puncanya kerana ambo x pandai bahagi masa antara study dan kegiatan luar. Ambo x turun berlatih kerana assigntment banyak. Di Uia ambo sempat mandi perlimau sebelum nak masuk buah potong. 
Setelah memasuki alam pekerjaan, ambo berjumpa balik dengan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi, di UNITEN bangi. Ketua jurulatihnya di situ kalau tak silap, Abu Hanifah. Setelah beberapa buah potong dipelajari, UNITEN cuti semester. Kelas silat berhenti sekejap. Ambo pulak, terus berhenti heheh. Then, ambo bertukar kerja di Kelantan, maka tak berjumpa dah la....

Seni silat terlak 4, sekali lagi ambo sempat belajar 1 malam. Hahaah... Ceritanya, semasa di Uia la ni. Senior dapat kesan, roommates ambo pesilat terlak 4, maka dia datang ke bilik, dan pelawa sahabat ambo ni kembali aktif bersilat. Sahabat ambo ajak ambo teman dia. Sampai di sana, ambo dipelawa untuk diajar. Maka diajar tari silat terlak 4, yang paling ringkas agaknya sebab ambo pernah tgk variasi yang lain. Dan jurus2 pukulan, tangkisan dan lain-lain.

Guru Utama Seni Silat Terlak 4, Pak Su Nor

Ambo juga sempat berguru dengan Prof Dr Azlan Ghanie, penerbit majalah Seni Beladiri senaman tua, dan seni silat keris luk 9. Pengajian berlansung di pejabatnya di Setapak. Alhamdulillah, ambo masih mengamalkan senaman tua (senaman yang berasal dari pergerakan silat) yang terbukti membantu meningkatkan kesihatan dan kecergasan. Dalam silat ni, banyak petua2 tips2 yang dipelajari. Jodoh ambo dengan silat ini juga tidak panjang, kerana ambo terpaksa balik Kelantan sambung belajar di sana. 

Senaman tua, bila diamal, terasa muda.

Demikianlah secebis kenangan ambo belajar silat. Boleh kata ambo ni separuh masak lagi, kerana tak pernah khatam pun. Ambo cuba juga try2 usha gelanggang seni silat cekak ustaz hanafi di tumpat ni. Teringin nak khatamkan sekurang2nya satu perguruan.


Serba sedikit mengenai Kg Laut



Kelantan Darul Naim (Jawi: کلنتن دار النعيم; Sebutan tempatan: [klaˈtɛ]) atau nama pendeknya Kelantan merupakan sebuah negeri daripada 13 buah negeri di Malaysia yang kaya dengan sumber asli. Mempunyai keluasan lebih kurang 14,922 km², terletak di timur laut Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan, dan bersempadan dengan Provinsi Narathiwat, Thailand. Kelantan ialah sebuah negeri agraria (pertanian) yang mempunyai banyak kawasan tanaman padi dan perkampungan nelayan.

Berdasarkan pada Bancian Tahun 2000, Kelantan mempunyai seramai 1,313,014 orang penduduk. Kaum Melayu merupakan kaum yang terbesar dengan 95%, diikuti dengan kaum Cina 3.8%, kaum India 0.3% dan lain-lain kaum 0.9%. Berdasarkan bancian tersebut, 95% beragama Islam, diikuti dengan agama Buddha 4.4%, Kristian 0.2%, Hindu 0.2% dan lain-lain agama 0.2%.

Menurut tokoh2 pengkaji sejarah Kelantan, terdapat perkampungan yang telah wujud lama zaman berzaman. Antaranya Kg. Penambang, Kg Padang Pak Amat, dan Kg Laut.

Ambo nak bercerita pasal Kg. Laut. Kg Laut tidak lah besar mana berbanding kg asal ambo, Kg. Sireh. Terkenal dengan masjid tertua di Malaysia, Masjid Kg Laut. Akibat hakisan tanah punca banjir, Masjid Kg Laut telah dibawa ke lokasi sekarang iaitu di Kampus Kolej Islam KIAS, Nilam Puri. Ambo pernah sekali solat di sana, ketika hendak mengambil adik ipar yang belajar di situ.


                                                   (Masjid Kg Laut; Dulu dan Sekarang)

Solat di masjid-masjid lama di ada barakahnya, kata ulama. Mana lah tau, tempat kita sujud tu pernah menjadi tempat sujud ulama, tok guru, orang2 salih, maka ade kesan kebaikan kepada kita juga. Ini lah pendapat yang popular di kalangan ASWJ. Jangan pulak pergi cium tiang masjid pulak itu dah keterlaluan seperti kelakuan jemaah2 dari India ketika di Masjid Nabawi. Sapu2 tiang lepas tuw sapu kat muka. Tak payah la macam tu.

Selain perusahaan |serunding Kg Laut, di sini juga dijalankan perusahaan dodol dan gelembung buaya (sejenis makan tradisional Kelantan). Kalau anda pelancong yang ingin melawat Kg. Laut, dari Kota Bharu (bersebelahan dengan Ridel Hotel dan Tambatan Diraja )boleh menaiki bot penambang dengan caj RM1 sahaja.

Inilah rupa gelembung buaya. Credit http://permata1960.blogspot.my

Tuesday, 11 April 2017

Perusahaan serunding kg laut



Negeri Kelantan Darul Naim terkenal melahirkan ramai tokoh-tokoh perniagaan. Kemahiran berniaga ini rupanya diwarisi dari tok nenek mereka lagi. Antara perniagaan yang dijalankan di Kelantan zaman berzaman adalah pertukangan emas dan perak, perusahaan batik, songket, seni tempa senjata, seni tembaga, seni ukir kayu dan perusahaan makanan tradisional

Antara makanan yang giat diusahakan ialah serunding. Serunding adalah sejenis masakan yang dibuat dengan rempah dan dimasak sehingga kering, dan kadangkala berminyak (terutama serunding daging) agar tahan lama. Ia dimasak dan dikacau tanpa henti hingga betul-betul kering kerana dengan cara itu saja ia akan tahan lama. Antara serunding yang biasa adalah Serunding Daging, Ayam dan ikan.

Serunding yang terkenal di Kelantan adalah keluaran Kg Laut, Tumpat, Kelantan. Kg. Laut memang dekat dengan hati ambo, kerana isteri ambo berasal dari sana. Sepanjang bulan Ramadhan, ambo biasa mendapat tempahan Serunding dari rakan-rakan pejabat, jiran-jiran dan kenalan FB. Alhamdulillah rezeki ambo :). 

Harga serunding berbeza mengikut jenis. Terkini, harga Serunding adalah seperti berikut:

Serunding Daging Tempatan : RM62 sekilo
Serunding Daging Import      : RM52 sekilo
Serunding Ayam                    : RM62 sekilo
Serunding Ikan                      : RM42 sekilo

Harga di atas adalah untuk pelanggan tempatan. Kalau yang luar Kelantan, tambahan kos penghantaran.

Serunding ikan, biasa ditempah oleh pembuat mini karipap utk dibuat inti. Serunding yang lain, termasuk serunding ikan, enak dimakan bersama nasi, dengan nasi himpit, ketupat. Boleh juga dijadikan inti roti sandwich. Atas kreativiti dan selera masing-masing.

Permulaan langkah

Assalamualaikum.



Inilah permulaan ambo berblog. Sebelum ini, ambo pernah ade blog, 2 kali post lepas tuw senyap. Entah macam mana, semangat nak menulis blog timbul kembali tanpa disuruh-suruh.

Ambo namakan blog ini dengan Titisan Jawi. Jawi merujuk kepada bangsa Melayu. Kerana itu, disebut tulisan Jawi. Bila berkhatan, masuk Jawi. Agaknya, dah berkhatan baru masuk Melayu huhu.

Berkenaan tulisan jawi, boleh rujuk wikipedia https://ms.wikipedia.org/wiki/Tulisan_Jawi lengkap dia tulis.

Maka, blog ini akan berkongsi cerita tentang Melayu dari pelbagai aspek. Dari sejarahnya, seni budaya, isu terkini dan sebagainya.