Wednesday, 12 April 2017

Serba sedikit mengenai Kg Laut



Kelantan Darul Naim (Jawi: کلنتن دار النعيم; Sebutan tempatan: [klaˈtɛ]) atau nama pendeknya Kelantan merupakan sebuah negeri daripada 13 buah negeri di Malaysia yang kaya dengan sumber asli. Mempunyai keluasan lebih kurang 14,922 km², terletak di timur laut Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan, dan bersempadan dengan Provinsi Narathiwat, Thailand. Kelantan ialah sebuah negeri agraria (pertanian) yang mempunyai banyak kawasan tanaman padi dan perkampungan nelayan.

Berdasarkan pada Bancian Tahun 2000, Kelantan mempunyai seramai 1,313,014 orang penduduk. Kaum Melayu merupakan kaum yang terbesar dengan 95%, diikuti dengan kaum Cina 3.8%, kaum India 0.3% dan lain-lain kaum 0.9%. Berdasarkan bancian tersebut, 95% beragama Islam, diikuti dengan agama Buddha 4.4%, Kristian 0.2%, Hindu 0.2% dan lain-lain agama 0.2%.

Menurut tokoh2 pengkaji sejarah Kelantan, terdapat perkampungan yang telah wujud lama zaman berzaman. Antaranya Kg. Penambang, Kg Padang Pak Amat, dan Kg Laut.

Ambo nak bercerita pasal Kg. Laut. Kg Laut tidak lah besar mana berbanding kg asal ambo, Kg. Sireh. Terkenal dengan masjid tertua di Malaysia, Masjid Kg Laut. Akibat hakisan tanah punca banjir, Masjid Kg Laut telah dibawa ke lokasi sekarang iaitu di Kampus Kolej Islam KIAS, Nilam Puri. Ambo pernah sekali solat di sana, ketika hendak mengambil adik ipar yang belajar di situ.


                                                   (Masjid Kg Laut; Dulu dan Sekarang)

Solat di masjid-masjid lama di ada barakahnya, kata ulama. Mana lah tau, tempat kita sujud tu pernah menjadi tempat sujud ulama, tok guru, orang2 salih, maka ade kesan kebaikan kepada kita juga. Ini lah pendapat yang popular di kalangan ASWJ. Jangan pulak pergi cium tiang masjid pulak itu dah keterlaluan seperti kelakuan jemaah2 dari India ketika di Masjid Nabawi. Sapu2 tiang lepas tuw sapu kat muka. Tak payah la macam tu.

Selain perusahaan |serunding Kg Laut, di sini juga dijalankan perusahaan dodol dan gelembung buaya (sejenis makan tradisional Kelantan). Kalau anda pelancong yang ingin melawat Kg. Laut, dari Kota Bharu (bersebelahan dengan Ridel Hotel dan Tambatan Diraja )boleh menaiki bot penambang dengan caj RM1 sahaja.

Inilah rupa gelembung buaya. Credit http://permata1960.blogspot.my

No comments:

Post a Comment