Sejak kecil ambo minat tgk cerita fighting. Ambo membesar dengan filem Bruce Lee, Jet Lee, Jackie Chan, juga cerita2 persilatan dari Indonesia. Selepas menonton, aksinya terikut2 oleh ambo. Esoknya, mulalah tiru aksi tuw ngn kawan2 sekolah. Hehe. Itu masa sekolah rendah.
Angin bersilat ni ambo rasa, menurun dari arwah tok belah ayah ambo. Cik Wok Pendekar, dari aliran Silat Jawi. Salah seorang gurunya, menurut ayah ambo, bernama Tok Awang, pernah menewaskan seorang jaguh Muay Thai di selatan Thailand. Sering juga dijemput mempersembahkan tari silatnya di Istana Kelantan. Nasib ambo, arwah tok meninggal masa ambo 5 tahun. Tak sempat nak menuntut.
Bila di sekolah menengah, ada persatuan seni silat pusaka gayung dan taekwando. Entah kenapa ambo x join pun. Pola langkah silat yang pertama di tunjuk oleh abang ambo yang bersekolah di Sek Men Sains Tg Faris Petra, langkah Seni Silat Terlak 4.
Bila memasuki matrikulasi Uia, sahabat ambo mengajak ambo join Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi. Ambo teruja bila sahabat ambo bagitau, silat ni boleh counter semua jenis silat. Wow.. yer ker begitu? Ambo pun joinlah. Ambo tak kecewa, kerana awek2 cun ramai join silat ni. Memang semangat la.
![]() |
| Pergerakan yang ringkas dan praktikal menjadi tarikan seni silat cekak |
Jodoh ambo dengan seni silat cekak ustaz hanafi, bagai gantung tak bertali. Puncanya kerana ambo x pandai bahagi masa antara study dan kegiatan luar. Ambo x turun berlatih kerana assigntment banyak. Di Uia ambo sempat mandi perlimau sebelum nak masuk buah potong.
Setelah memasuki alam pekerjaan, ambo berjumpa balik dengan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi, di UNITEN bangi. Ketua jurulatihnya di situ kalau tak silap, Abu Hanifah. Setelah beberapa buah potong dipelajari, UNITEN cuti semester. Kelas silat berhenti sekejap. Ambo pulak, terus berhenti heheh. Then, ambo bertukar kerja di Kelantan, maka tak berjumpa dah la....
Seni silat terlak 4, sekali lagi ambo sempat belajar 1 malam. Hahaah... Ceritanya, semasa di Uia la ni. Senior dapat kesan, roommates ambo pesilat terlak 4, maka dia datang ke bilik, dan pelawa sahabat ambo ni kembali aktif bersilat. Sahabat ambo ajak ambo teman dia. Sampai di sana, ambo dipelawa untuk diajar. Maka diajar tari silat terlak 4, yang paling ringkas agaknya sebab ambo pernah tgk variasi yang lain. Dan jurus2 pukulan, tangkisan dan lain-lain.
![]() |
| Guru Utama Seni Silat Terlak 4, Pak Su Nor |
Ambo juga sempat berguru dengan Prof Dr Azlan Ghanie, penerbit majalah Seni Beladiri senaman tua, dan seni silat keris luk 9. Pengajian berlansung di pejabatnya di Setapak. Alhamdulillah, ambo masih mengamalkan senaman tua (senaman yang berasal dari pergerakan silat) yang terbukti membantu meningkatkan kesihatan dan kecergasan. Dalam silat ni, banyak petua2 tips2 yang dipelajari. Jodoh ambo dengan silat ini juga tidak panjang, kerana ambo terpaksa balik Kelantan sambung belajar di sana.
![]() |
| Senaman tua, bila diamal, terasa muda. |
Demikianlah secebis kenangan ambo belajar silat. Boleh kata ambo ni separuh masak lagi, kerana tak pernah khatam pun. Ambo cuba juga try2 usha gelanggang seni silat cekak ustaz hanafi di tumpat ni. Teringin nak khatamkan sekurang2nya satu perguruan.



No comments:
Post a Comment